Friday, January 14, 2011

Ceta lawak dehhh...

Ceta Yang pertama adalah yang jarang2 orang dengar dan ini adalah agak 18sx skit...keh3....

Perompak dengan Nenek

Pada suatu hari yang indah permai,seorang nenek mengajak cucunya ke bandar untuk pegi shopping....dipendekkan cerita setelah sampai d bandar dan siap membeli belah maka mereka ke stesen bas untuk perjalanan balik ke rumah memandangkan semuanya sudah dibeli...dalam perjalanan balik iaitu ketika dalam bas,bas tersebut tiba2 berhenti dan naiklah 5 orang penyamun yang mahu merompak dan merogol semua pompuan dalam bas tersebut maka bermulalah sesi dialog mereka..

penyamun: semua meniarap,ini adalah rompakan...semua keluarkan barang berharga masing2 dan yang lelaki semua ke tepi...

penyamun 2: SEMUA pompuan akan dirogol....hahahha

oleh kerana kasih sayang yang teramat sangat si cucu terhadap neneknya maka tampillah dia ke hadapan penyamun2 ituh dan berkata

cucu: Encik saya tidak peduli encik semua merogol saya tapi kasihanilah nenek saya yang sudah tua ituh....

tiba2 nenek tersebut ke hadapan dan menampar cucunya 'PANGGGSSSS' sambil berkata

Nenek: KALAU DIA CAKAP SEMUA,SEMUA LAH BAH!!!!......(>_^)


Baju cinta nenek

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”


JANDA YANG KEHAUSAN

Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.

Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Hasnah merasa begitu dahaga sekali…

Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
Sesampai di dapur… Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut… Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan. haha


BELAJAR BAHASA JEPUN


01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.KEH3....

No comments: