Wednesday, July 7, 2010

Cerita itu....Di masa lalu ku...

Daya ingatan seorang budak amat terbatas jadi kadang-kadang dia hanya akan mengingat yang teruk dan yang paling seronok saja...begitu juga dengan saya yang mempunyai kenangan yang sukar untuk dilupakan....

Ketika sia berumur 4 tahun hanya 1 perkara yang sya ingat iaitu di hospital papar..sa dapat seorang adik lelaki tapi kegembiraan itu hanya seketika sebab dia terpaksa diserahkan kepada seorang perempuan yang boleh saya gelar 'kazen' sebab bapa dia dengan bapa saya adalah adik beradik.Mum sama dad tidak mahu beri kepada dia tapi dia dipaksa dan terus dipaksa...tidak tahulah apa yang boleh mencairkan hati kedua oran tua ku itu tapi yang saya tahu mum penah ckp mcm nie 'biarlah bha adik ko di sana tu,bukan juga lain orang lagipun kakak kau pun tiada anak kan jadi mungkin senang sikit da belajar semua tu nanti'....saya tahu yang mum ckp begitu untuk kesenangan adik ku itu dan juga untuk menyenangkan hatinya...selepas itu dad selalu aku nampak muram tapi tidak berpanjangan sebab mungkin dia tidak mahu tunjukkan yang dengan kami kesedihan yang dia rasai...Seingat sya hanya itulah yang mampu diingat oleh budak berumur 4 tahun...dan....

Ketika aku berumur 5 tahun...Perkara yang aku ingat ialah kami mempunyai ladang markisa yang sangat besar dan macam biasa...budak 5 tahun yang baru mahu belajar dengan persekitaran p tangkap 1 lebah besar warna hitam yang orang kampung kami panggil ' bongging'...x semua ada sengat tapi mungkin nasib sa buruk betul tu dan sa kena sengat...alamak...double bha sa kena....kena sengat dan kena marah...haha....terus x dapat tido malam...kcian mum....hihi...

Umur 6 tahun paling banyak sa ingat...mungkin kerana otak sudah maju sikit...haha...masa itu sa belum layak ke sekolah lagi sebab kan darjah 1 mesti 7 tahun dan tadika pula jauh betul dari rumah...mum byk keja pastu dad keja d sekolah...bila kakak2 dan aabang pergi ke sekolah tinggal sya lagi d ruma dengan nenek...nenek yang jaga sa...sa paling rapat dengan da sebab bila da pegi kedai mesti da kasi beli sa aiskrim 20 sen yang ada kacang merah...hihi...setelah seminggu bermula persekolahan tiba2 satu hari kakak yang tua satu tahun dari saya tidak mahu pergi ke sekolah...dia cakap ada cikgu selalu kacau dia nama da cikgu jackson terus mum pujuk dia dengan berkata 'sudalah nangis tu,nah ko sekolah sama c tongilu(nama sa d kampung)...'....tidak banyak cakap dan menurut arahan terus saya ikut kakak sya ke sekolah dengan mengunakkan baju lama abang saya....haha...1st day d sekolah memang janggal sebab saya yang paling muda di dalam kelas...tapi ada 1 cikgu yang saya takut iaitu cikgu ignatius,da selalu angkat saya sebab sa kecil betul...pindik lagi...haha...ada satu hal yang sa bangga dengan diri sya masa tu ialah masa exam saya bukanlah orang yang mendapat tempat terakhir...haha..

Tahun 1-6

wow...perkara yang sukar dilupakan kerana berlaku banyak perkara samada pahit atau manis...jadi ketua murid dalam kelas...haha...boleh dikatakan masa itu tidak pernah 'skip' untuk ke sekolah dan aktiviti yang sa suka di awal pagi ialah bila cikgu awang putera datang,dia akan panggil saya d depan kolam dan baca sifir lepas itu kalu saya dapat..dia bagi 20 sen...hahaha...masa darjah 1 sahaja semua sifir saya hafal dari sifir 1 sampai 12....itu kerana 20 sen setiap hari...haha...banyak yang berlaku masa saya d tahun 1...pernah kena ketuk jari guna pemadam papan hijau yang kayu tu( sakit betul) pastu pernah kena kurung...haha...tapi tahun 1 jugalah paling mantap sebab saya dapat tempat pertama dalam peperiksaan...haha...

Tahun dua ada pertambahan pelajar sebab ada 3 orang dari tahun dua itu sebenarnya sama umur dengan kami ertinya bertambahlah saingan dan memang diduga yang peperiksaan akhir tahun saya hanya mendapat tempat ketiga dengan kalah kepada dua budak perempuan..Nasib masa itu belum tau lagi stress...yang kompom dapat juga hadiah...haha....paling ditakuti masa tahun dua cikgu jalani sebab dia selalu ketuk papan hijau guna rotan dan suruh kami teriak kuat2 apa yang dia ajar dan ayat yang sa x ble lupa 'this is ruler'...1 sekolah bha dengar...haha...

Tahun 3 macam lembap saja tapi 1 yang x ble dilupakan ialah kena rotan oleh cikgu azmi...memang pasang dendam terus...haha...budak2....hehe...

Tahun 4...apa yang siok?...masa science mesti berdiri atas meja lepas itu jawap soalan n sapa2 yang tidak dapat jawap akan kena cubit...itulah cikgu awang harris...haha...garang bos sebab penolong kanan 1 bah tu...hehe...

Tahun 5 tidak banyak kenangan yang sya masih ingat sebab macam lembap jak nie...haha

Tahun 6

Jawatan penolong ketua pengawas...w.o.w....ble rotan2 budak2 p pungut samapah...haha...garang lepas tu tulis nama orang yang lambat sampai...haha...banyak kuasa tapi 1 yang saya x puas hati...ketua pengawas mesti perempuan...huh!!..pa ble buat...ehe....Perkara yang selalu dilakukan masa jadi senior di sekolah ini ialah jadi tukang masak lepas tu jadi tukang kebun...masa itu pandai sudah potong rumput(tiada tukang kebun jadi potong sendirilah)...kami selalu escape kelas English sebab malas dengar ceramah cikgu maidol....hehe....

Banyak cerita yang teda di dalam...bukan kerana tidak penting tapi sukar untuk dijelaskan...haha...

Bila balik kampung dan jumpa cikgu2 di tengah jalan mesti timbul rasa rindu dengan ejekan mereka dan yang pali teruk kami kena ada 1 cikgu nie da suruh kami ke pejabat untuk minum kopi saja tapi dalam dia kicap.....haha...nasiblah sya x kena sebab kawan sa minum dulu...hik3.....

Aie panjang pula nie...haha....aku kaini...haha...

Tuesday, July 6, 2010

My word

Monday, July 5, 2010

Pusat Latihan Amali Sandakan

P.L.A sandakan menjanjikan kelainan kali ini....semua kerja hanya dipantau oleh penyelaras tapi semua kerja dilakukan sendiri oleh pelatih....dari segi surat menyurat dan menelefon kepada jabatan semuanya dilakukan sendiri oleh pelatih....

apa kata mereka?

A: Memang ada penat sikit tapi menguntungkan...

B: Ia lebih diingati dengan melakukannya sendiri...

C: Cubalah untuk belajar berdikari

D: Tugas sebagai PPKP bukan senang jadi belajarlah selagi ada peluang...


Mantap.....setakat ini tiada keluhan daripada PLA sandakan...hehe....harap2 kami dapat menjalani praktikal selama 1 tahun ini dengan jayanya...

'Kami Sedia Membantu"