Tuesday, January 3, 2012

Praying..


Tahun 2012 menjanjikan kelainan dalam diri setiap insan,masing-masing memasang impian dan azam baru untuk dilaksanakan pada tahun ini, Ketika semua gembira menyambut tahun baru tidak kurang juga yang bersedih. Mungkin atas masalah masing2..

Cerita yang berkisar tentang seorang perempuan yang mempunyai pangkat nenek bagi diri ini menjadi kerisauan di hati, hidup sebagai suami isteri yang tidak mempunyai anak membuatkan hidup mereka sunyi dan sering merindukan anak-anak buah dan cucu-cucu mereka tidak kurang juga cicit ketika berumur 69 tahun..

Pernah dulu si suami mempunyai masalah yang hampir sama iaitu hampir lumpuh namun ketaatan kepada tuhan menyebabkan dia disembuhkan dan tiba pula masa c isteri diserang darah tinggi dan menyebabkan strok yang mengakibatkan badannya sekarang lumpuh dan masih terlantar di hospital..kerisauan mengenai benda tersebut lalu bertanya dengan doktor mengenai peluang untuk sembuh seperti sediakala dan jawab doktor: "saya sendiri susah untuk memberikan jawapan kerana darah beku di otak nya besar jadi kemungkinan peluang untuk sembuh adalah sangat tipis malah kita juga risau sekiranya tekanan darah tinggi berlaku kembali dan akan membuatkan otak di sebelah kanan itu tidak dapat berfungsi"....Terima kasih doktor kerana berterus terang...

Apa yang dapat dibuat skg hanyalah doa memohon bantuan tuhan untuk memberikan penawar bagi penyakit yang melanda nenek ku itu...

" Tuhan,Kami tahu yang engkau maha besar dan maha mengetahui segalanya..Berikan penawar untuk penyakit yang dihadapi oleh nenek ku itu,Amen"..

Pray for her...Lots of Thanks..

No comments: